Saturday, April 20, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Kempen derma darah diteruskan hingga 25 Jun

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 19 JUN – Bersempena Hari Penderma Darah Sedunia 2022, Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) menerusi Jabatan Perkhidmatan Makmal kini giat mengadakan kempen-kempen derma darah sepanjang bulan ini.

    Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, kelmarin, kempen tersebut merupakan perlaksanaan minggu ke-4 di bulan Jun ini akan diteruskan esok di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Daerah Temburong dari jam 9 hingga 11:30 pagi.

    Pada 21 Jun pula, kempen akan diadakan di Perpustakaan DBP, Cawangan Sengkurong, dari jam 9 hingga 11:30 pagi; pada 22 Jun di Insurans Islam Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB), Cawangan Airport Mall dari 10 pagi hingga 2 petang; dan 23 Jun di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas anjuran Persidangan dan Pameran Pertengahan Tahun Brunei (Brunei MYCE) 2022 bagi Minggu Perubahan Iklim dari 10 pagi hingga 2 petang; dan 25 Jun di McDonald’s Lambak anjuran Brunei Gas Carriers dari 10 pagi hingga 4 petang.

    Sementara itu, Tabung Darah Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Daerah Temburong juga akan mengadakan kempen derma darah pada 25 Jun di bilik persidangan hospital berkenaan dari 9 pagi hingga 2 petang.

    Dalam pada itu, orang ramai juga boleh menderma darah di pusat pendermaan darah atau di tabung-tabung darah berdekatan semasa waktu bekerja dan digalakkan untuk menempah slot derma darah melalui aplikasi BloodKad terlebih dahulu.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...