Kempen derma darah esok

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 8 SEPT – Dalam usaha membantu golongan yang memerlukan transfusi darah, Kementerian Kesihatan melalui Pusat Pendermaan Darah akan mengadakan Kempen Derma Darah Tambahan pada 10 September ini di Tingkat 1, The Mall, Gadong.

Kempen dianjurkan dengan kerjasama The Mall Management dan Pusat Pendermaan Darah itu mengalu-alukan orang ramai untuk sama-sama hadir menderma darah dari pukul 10 pagi hingga 2 petang.

Dalam pada itu, orang ramai juga diingatkan untuk mengimbas kod QR dan untuk mengamalkan penjarakan fizikal di tempat-tempat kempen derma darah diadakan.

Pusat Pendermaan Darah pada masa ini, memerlukan semua jenis darah, terutama jenis A, bagi kegunaan pemindahan darah pesakit-pesakit talasemia dan pesakit yang akan menjalani pembedahan.

Bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut, boleh menghubungi Pusat Pendermaan Darah di talian, 2242424 sambungan 5745 dan 6001 atau e-mel, [email protected] dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan
Facebook (@bloodbank.ripas).