Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kempen derma darah hari ini, esok

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUL – Orang ramai dialu-alukan untuk tampil menjayakan dan menderma darah dalam kempen-kempen derma darah yang diadakan oleh Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Jabatan Perkhidmatan Makmal.

    Kempen derma darah itu akan diadakan di Digital World Enterprise, Menglait Gadong dua hari iaitu 13 dan 14 Julai dari pukul 10 pagi hingga 2 petang.

    Orang ramai juga boleh menderma darah di Pusat Pendermaan Darah atau di tabung-tabung darah berdekatan semasa waktu bekerja bermula pukul 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang.

    Orang ramai yang ingin menderma darah sama ada di Pusat Pendermaan Darah atau semasa kempen derma darah digalakkan untuk menempah slot derma darah melalui aplikasi BloodKad terlebih dahulu.

    Untuk mendapatkan maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745, 6001 dan 6002, WhatsApp di talian 8775745, 7375745 dan 7175745 atau e-mel kepada bloodbank@moh.gov.bn dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook @bloodbank.ripas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...