Friday, April 19, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Kempen derma darah pada minggu ini

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 OGOS – Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja
    Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) menerusi Jabatan Perkhidmatan Makmal akan meneruskan lagi kempen derma darah pada minggu ini.

    Menurut kenyataan dikeluarkan hari ini, kempen akan diadakan pada 8 Ogos di Tingkat 1 Kompleks Annajat Beribi dari pukul 10 pagi hingga 2 petang. Manakala pada 11 Ogos, orang ramai boleh menderma di Tingkat 1, The Core, Universiti Brunei Darussalam (UBD), anjuran The Bruneian bermula 9 pagi hingga 3 petang.

    Manakala di Kuala Belait, Pusat Kesihatan Panaga dengan kerjasama Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, juga akan mengadakan kempen derma darah pada 12 Ogos bermula dari 8:30 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:45 petang hingga 3:30 petang di Ibnu Sina, Pusat Kesihatan Panaga.

    Orang ramai yang ingin menderma darah bolehlah mendaftar di laman sesawang https://tinyurl.com/PHblooddrive2022, selain menempah slot melalui aplikasi Bloodkad bagi mana-mana kempen derma darah adalah sangat digalakkan.

    Bagi maklumat lanjut bolehlah menghubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 dengan sambungan 5745, 6001 dan 6002 atau WhatsApp di talian 8775745, 7375745 dan 7175745.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...