Monday, November 28, 2022
29.1 C
Brunei

-

Kempen derma darah terus giat dilaksana

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan, terus giat mengadakan kempen-kempen derma darah yang dibukakan bagi penyertaan orang ramai.

Kementerian berkenaan dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini menjelaskan, kempen kali ini akan menumpukan beberapa lokasi di daerah ini, iaitu di Dewan Bankuet, Ibu Pejabat Progresif, Kampung Kiarong pada 24 Oktober bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang.

Pada 25 Oktober pula akan diadakan di Tingkat 1, Kompleks Annajat, Beribi dari pukul 10 pagi hingga 2 petang dan di aras bawah Bangunan Jabatan Bandaran Bandar Seri Begawan (JBSB), Jalan Perdana Menteri anjuran JBBSB pada 26 Oktober bermula pukul 8:30 pagi hingga 11 pagi.

Sementara Jabatan Per-khidmatan Pos pula akan menganjurkan kempen seumpamanya pada 29 Oktober yang telah dibahagikan kepada dua sesi iaitu pada pukul 9 pagi hingga 11 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang di Cawangan Pos Bunut, Jalan Haji Halus. Pada 30 Oktober 2022 pula, kempen berkenaan akan diadakan di SCR Xpress Citis Square, Berakas.

Orang ramai yang berhasrat untuk menderma darah, tempahan slot derma darah melalui aplikasi BloodKad adalah sangat digalakkan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745, 6001 dan 6002, WhatsApp di talian 8775745 / 7375745 atau e-mel kepada bloodbank@moh.gov.bn dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook, @bloodbank.ripas.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Ratusan bantah sekatan COVID China

BEIJING, 27 NOV – Bantahan terhadap kawalan koronavirus di China yang telah mengurungkan jutaan penduduk di rumah telah merebak ke Shanghai dan bandar lain...
- Advertisment -