Oleh Daniel Lim
BELAIT, 17 NOV – Seramai 30 orang mengambil bahagian dalam kempen menderma darah yang dianjurkan oleh Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Kampung Pandan dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal Kementerian Kesihatan, hari ini.
Kempen berkenaan dianjurkan adalah untuk menambah bekalan darah selain daripada membantu mereka yang memerlukan bekalan darah.
Di antara 30 penderma darah yang telah menghadiri kempen berkenaan, setiap seorang daripada 24 penderma berkelayakan dapat menderma sekurang-kurangnya satu pain darah dan mereka turut diberikan cenderahati atas sumbangan mereka.
Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai kempen derma darah boleh melayari melalui media sosial rasmi mereka di Instagram dan Facebook @perpustakaandbpkgpandan.