Kempen elak makan haiwan liar

BEIJING, 15 SEPT – WildAid dan Persatuan Perlindungan Haiwan Liar China (CWCA) kelmarin melancarkan kempen menyeru orang awam untuk mengelak daripada memakan haiwan liar.

Kempen yang mengetengahkan tema ‘Jangan Jadi Penjenayah Alam’ turut menampilkan bintang popular Jackie Chan sebagai duta.

Pelakon popular itu menghiasi poster kempen yang berkisar mengenai kegigihan seorang “wira” dalam memelihara alam sekitar dengan visi agar tindakan praktikal dapat dilaksanakan untuk melindungi biodiversiti.

Di samping itu Persidangan ke-15 Negara-negara Anggota Konvensyen Kepelbagaian Biologi (COP15) akan diadakan di bandar Kunming, wilayah Yunnan pada 11 Oktober. – Bernama