LAHORE, 17 Jan – Pegawai kesihatan Pakistan berkata sebuah pasukan khas anti polio telah dilancarkan di timur negara itu, wilayah Punjab. Imran Nazir berkata kempen yang berlangsung selama seminggu itu dilancarkan bermula Isnin di tengah-tengah keselamatan ketat.
Menurutnya lagi, beribu-ribu pekerja mengambil bahagian dalam pergerakan rumah ke rumah untuk memvaksin kanak-kanak dalam perjuangan membasmi penyakit yang melumpuhkan.
Pakistan, Afghanistan dan Nigeria merupakan tiga buah negara yang tinggal di dunia yang mana polio belum lagi dihapuskan. Pakistan sering kali melancarkan pergerakan anti polio meskipun ancaman dari Taliban yang melihat kempen berkenaan sebagai konspirasi barat dan mendakwanya untuk mensterilkan kanak-kanak Pakistan.
Kumpulan Taliban dan lain-lain pada masa lalu telah menyerang pasukan vaksinasi polio, pusat dan pekerja kesihatan, termasuklah pasukan keselamatan yang mengiringi pekerja kesihatan semasa kempen dijalankan. – AP