Kempen Hengyi kumpul 69 pain darah

BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JULAI – Hengyi Industries Sdn Bhd buat pertamanya kalinya telah menganjurkan kempen derma darah dengan kerjasama Pusat Perubatan Jerudong Park (JPMC) di Ibu Pejabat Hengyi Industries, Empire Hotel & Country Club pada 18, 23 dan 25 Julai.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Hengyi Industries, acara tiga hari itu menyaksikan lebih 69 orang yang terdiri daripada kakitangan dan pengurusan Hengyi menderma darah sekali gus berjaya mengumpulkan sebanyak 69 pain darah dengan setiap satu pain boleh menyelamatkan sehingga tiga nyawa.

Kenyataan menyebut, kempen berkenaan bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan menderma darah dan untuk mempromosikan kebiasaan dan sukarela menderma darah serta bagi menyokong usaha hospital untuk mengekalkan bekalan darah yang mencukupi.

Sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporatnya, Hengyi Industries akan meneruskan misinya untuk meningkatkan kesedaran mengenai keperluan menderma darah secara tetap.

Antara penderma yang tampil menderma darah anjuran Hengyi Industries Sdn Bhd dengan kerjasama JPMC.