Wednesday, January 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen Joyfest tambah kegembiraan pelanggan bertuah

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 JAN – Kempen Cabutan Bertuah Joyfest anjuran QAF Auto Sdn Bhd yang telah berlangsung sejak 1 Oktober hingga 31 Disember 2024 berakhir dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang bertempat di Bilik Pameran QAF Auto, Beribi, hari ini.

    Acara kemuncak kempen Joyfest berkenaan meraikan kempen akhir tahun QAF Auto dengan tawaran eksklusif dan ganjaran menarik.

    Hadiah utama Cabutan Bertuah Joyfest berupa baucar membeli-belah Supasave bernilai $5,000 dimenangi oleh Son Khai Shenn.

    Pemenang tempat kedua dengan membawa pulang hadiah baucar membeli-belah Supasave bernilai $3,000 dimenangi oleh Hajah Siti Mariah binti Haji Abdul Razak dan tempat ketiga dengan membawa pulang baucar membeli-belah bernilai $2,000 dimenangi oleh Awang Mohammad Khairul bin Abdul Kayum.

    Manakala 12 pemenang bertuah tidak ketinggalan membawa pulang hadiah berupa barangan eksklusif BMW tajaan QAF Auto.

    Ketua Jualan QAF Auto, Eugene Lim berkata, “Sempena acara ini, ia bukan sahaja untuk meraikan kenderaan baharu pelanggan, tetapi juga untuk menambah kegembiraan dalam pengalaman pelanggan. Cabutan bertuah hari ini adalah cara QAF Auto untuk mengucapkan terima kasih.”

    Acara tersebut juga menampilkan aktiviti menarik, termasuk sesi pandu uji eksklusif, memperkenalkan model BMW terkini dan memberi peluang kepada para tetamu untuk merasai pengalaman BMW yang lebih mendalam.

    Sesi bergambar ramai bersama pemenang hadiah utama, tempat kedua dan ketiga.– GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    Pemenang-pemenang bertuah yang lain juga tidak ketinggalan membawa pulang hadiah berupa barangan eksklusif BMW tajaan QAF Auto. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda