Thursday, April 25, 2024
24.3 C
Brunei

    -

    Kempen kebersihan di SMARTER Brunei

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JULAI – Dalam sama-sama melaksanakan tanggungjawab sosial korporat di negara ini, lebih 90 kakitangan VAM BRN Sdn Bhd telah mengadakan kempen kebersihan di Pusat SMARTER EDGE, Kampung Mata-Mata, Gadong, pagi tadi.

    Kempen diketuai oleh Pengarah Urusan VAM BRN Sdn Bhd, Hiroyuki Hatanaka dengan rombongan dialu-alukan oleh Naib Bendahari 1 SMARTER Brunei, Haji Suhaili bin Haji Abdul Hamid. Kempen sukarelawan berkenaan meliputi pengemasan dalaman dan luaran pusat berkenaan termasuklah mengecat pintu pagar, membuang rumput rampai dan pembersihan longkang.

    Dengan adanya aktiviti sedemikian secara tidak langsung menyokong SMARTER Brunei untuk lebih menikmati persekitaran pembelajaran yang lebih selamat, sihat dan kondusif bagi semua warga pusat merangkumi golongan pelajar dan tenaga pengajar serta ibu bapa atau penjaga.

    ATAS & BAWAH: Kakitangan VAM BRN semasa menyertai kempen kebersihan di Pusat SMARTER EDGE, kelmarin. – Gambar serahan SMARTER Brunei

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...