Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Kempen kebersihan lindungi alam sekitar

    Oleh Nurdiyanah R.

    TUTONG, 8 DIS – Untuk menjaga kebersihan alam sekitar dan menggalakkan sikap perpaduan dalam kalangan penduduk setempat, penduduk Kampung Penabai, Kuala Tutong melaksanakan kempen kebersihan di beberapa tempat di kampung tersebut, baru-baru ini.

    Kempen kebersihan yang dijalankan di Masjid Kampung Penabai itu disertai oleh lebih 30 orang ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Penabai termasuk Muslimah dan belia-belia masjid, Majlis Perundingan Kampung (MPK) Penabai dan Kuala Tutong serta penduduk kampung tersebut.

    Turut hadir ialah Ketua Kampung Penabai dan Kuala Tutong, Awang Muhammad Sofiyuddin bin Mohd Serudin dan Ketua Imam Masjid Kampung Penabai, Kuala Tutong, Awang Muhammad Syuwari bin Ilham.

    Kempen menumpukan kepada membersihkan kawasan bilik wuduk, tandas, tempat letak kereta, kawasan dalam dan luar masjid, termasuk kawasan belakang masjid di pinggir Sungai Tutong. Sementara itu, kempen turut dilaksanakan secara bergotong-royong di sekitar kawasan tanah lapang di Kuala Tutong pada hari berasingan

    Menerusi perlaksanaan kegiatan amal berkenaan, ia diharap mampu meningkatkan kesedaran bersama untuk sentiasa memastikan kebersihan persekitaran kampung berkenaan seperti masjid dan sekitarnya dalam keadaan terjaga dan selesa untuk digunakan oleh orang ramai mahu pun para pengunjung.

    Selain itu, ia juga merupakan salah satu usaha berterusan penduduk kampung khususnya ahli Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Penabai dan MPK Penabai dan Kuala Tutong, serta untuk sama-sama memupuk semangat berganding bahu dalam menjalankan apa sahaja aktiviti kemasyarakatan dari semasa ke semasa tidak kira golongan veteran, dewasa, belia mahu pun kanak-kanak.

    Antara peserta bergotong-royong membersihkan kawasan tanah lapang semasa kempen berkenaan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...