Kempen kebersihan pasar gadong

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 APRIL – Seramai 15 orang ahli Sukarelawan Belia telah terlibat dalam kempen kebersihan Pasar Gadong, kelmarin, yang merupakan sebahagian daripada Kempen Pembersihaan Premis Pasar/Gerai/Tamu di Seluruh Negara.

Kempen dikendalikan bersama oleh agensi kerajaan seperti Jabatan Bandaran, Jabatan Daerah dengan penglibatan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan serta sukarelawan.

Sukarelawan pada kempen itu diketuai oleh Timbalan Ketua Operasi Sukarelawan Belia, Mejar (B) Akhmal bin Sulaiman dan turut menyertai kempen ialah para peniaga dan penjual di pasar berkenaan.

Kempen di seluruh negara berkenaan adalah inisiatif Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dalam memastikan persekitaran yang bersih. Kementerian Kesihatan turut menyeru supaya penjagaan kebersihan sepanjang masa menjadi sandaran untuk kempen dilaksanakan.

Sebelumnya, kempen telah diadakan di beberapa tamu dan pasar di negara ini seperti tamu di Daerah Tutong dan seterusnya dilaratkan ke tamu di Daerah Temburong dan Belait selepas ini.

Para peniaga pasar, gerai dan tamu dinasihatkan agar memberikan kerjasama dan mengikut arahan yang diberikan dalam memastikan kempen pembersihan dapat dilaksanakan dengan jayanya.

Antara sukarelawan yang terlibat dalam kempen kebersihan Pasar Gadong, kelmarin.