Friday, January 17, 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen kebersihan pupuk semangat bergotong -royong

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 DIS – Masjid Kampung Tanah Jambu hari ini telah mengadakan kempen kebersihan dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Tanah Jambu.

    Kempen berkenaan juga disertai oleh ahli-ahli Majlis Perundingan Kampung Tanah Jambu dan Salar dan anggota Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB).

    Lebih 25 orang menyertai kempen berkenaan untuk membersihkan kawasan tempat berwuduk, tandas, kawasan dalam dan luar masjid berkenaan.

    Turut menghadiri kempen berkenaan ialah Ketua Imam Masjid Kampung Tanah Jambu, Awang Muhd Saifullah bin Rosli dan Pemangku Ketua Kampung Tanah Jambu dan Salar, Haji Sarabani bin Haji Bakir.

    Antara lain tujuan kempen berkenaan adalah untuk memastikan masjid berkenaan dalam keadaan bersih dan selesa untuk digunakan bagi para jemaah yang datang.

    Manakala itu, bahagian dalam masjid disanitasi untuk memastikan masjid berkenaan bebas daripada penularan wabak COVID-19.

    Kerja-kerja kempen berkenaan dilaksanakan dengan mengikut prosedur operasi standard yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan seperti penggunaan pelitup muka dan sarung tangan, mengamalkan penjarakan sosial serta banyak lagi bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19.

    Selain itu, kempen juga bertujuan sebagai salah satu usaha berterusan pihak masjid untuk menjaga serta memelihara kebersihan kawasan masjid di samping memupuk semangat penduduk kampung bagi bergotong-royong dan berganding bahu bersama agensi-agensi kerajaan lain dalam menjaga kesucian masjid sebagai tempat beribadah.

    Jawatankuasa takmir masjid dan ahli Majlis Perundingan Kampung Tanah Jambu dan Salar ketika bergambar ramai bersama anggota ABDB semasa menjalankan kempen kebersihan di Masjid Kampung Tanah Jambu.
    Anggota ABDB ketika membersihkan kawasan Masjid Kampung Tanah Jambu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda