Friday, December 6, 2024
22.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen keselamatan, kebakaran sempena Tahun Baharu Cina

    LABUAN, 14 Feb – Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan hari ini melancarkan Kempen Kesedaran Keselamatan Kebakaran bersempena sambutan Tahun Baharu Cina hujung minggu ini.

    Pengarahnya Zainal Madasin berkata kempen itu bertujuan mempromosikan pencegahan kebakaran dan keselamatan jalan raya kepada pengguna jalan raya, terutama buat mereka yang pulang ke kampung di Sabah, Sarawak dan juga Semenanjung.

    “Menghampiri musim perayaan, banyak isi rumah tangga yang sibuk membuat persiapan di dapur dan adalah penting untuk mereka tahu mengenai langkah pencegahan kebakaran.

    Jabatan Bomba dan Penyelamat Labuan melancarkan kempen kebakaran dan keselamatan sempena Tahun Baharu Cina di Feri Labuan Antarabangsa kelmarin. – Bernama

    “Pemain industri juga perlu mengambil langkah berjaga tambahan kerana premis dan bengkel mereka mengandungi pelbagai bahan mudah terbakar. Sekiranya anda menerapkan tabiat kerja selamat, pencegahan kebakaran akan menjadi rutin,” katanya kepada Bernama.

    Zainal berkata jabatannya akan menumpukan perhatian kepada kawasan berisiko tinggi semasa sambutan tersebut termasuk kawasan perindustrian, minyak dan gas dan laut.

    “Pasukan skuba kami akan bersedia 24 jam di kawasan berhampiran laut dan kereta bomba di kawasan perindustrian,” katanya. Dalam majlis itu, beliau turut mengedarkan risalah yang mengenai langkah keselamatan jalan raya dan pencegahan kebakaran kepada orang awam dan pengguna jalan raya di terminal feri di sini. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda