Friday, April 26, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Kempen Perbadanan TAIB kutip 130 pain darah

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 JUN – Sejumlah 130 pain darah telah berjaya dikumpulkan dalam kempen derma yang dianjurkan oleh Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan anak-anak syarikatnya, terdiri daripada Insurans Islam TAIB Holdings Sdn Bhd (IITHSB), Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB) dan Stesen Minyak TAIB Sdn Bhd, dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) di Airport Mall, Berakas, hari ini.

    Hadir bagi merasmikan kempen bersempena Hari Penderma Darah Sedunia 2022 itu ialah Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Datin Hajah Hasnah binti Haji Ibrahim; Pengarah Urusan IITHSB, Hajah Nornaimah binti Haji Zainip dan Pemangku Pengarah Urusan DHSB, Pengiran Hajah Noraini binti Pengiran Haji Sablon.

    Kempen berkenaan bukan sahaja disertai oleh kalangan pegawai dan kakitangan penganjur bahkan orang awam bagi sama-sama membantu menambah keperluan stok darah di hospital-hospital di negara ini.

    Timbalan Pengarah Urusan Perbadanan TAIB, Haji Osman bin Haji Mohd Jair menjelaskan bahawa kempen berkenaan diadakan bagi menyahut seruan dalam sama-sama menyemai budaya menyumbang dengan sukarela dan sebagai sebahagian daripada usaha tanggungjawab sosial dalam kalangan pegawai dan kakitangan serta masyarakat di negara ini.

    Apa yang diharapkan adalah Perbadanan TAIB untuk menjadi first initiators dalam mendorong semangat kegiatan khidmat masyarakat dan menyumbang kepada peningkatan konsep perkongsian antara institusi dan individu, dengan menggalakkan amalan positif yang memberi manfaat untuk semua.

    Tambah beliau, kempen berkenaan mendapat sambutan yang begitu menggalakkan bukan hanya dalam kalangan pegawai dan kakitangan bahkan orang ramai yang begitu bersungguh-sungguh dalam membantu menambah bekalan darah untuk insan-insan memerlukan di negara ini.

    Turut menjayakan kempen dengan memastikan langkah-langkah keselamatan dan kesejahteraan bersama ialah para sukarelawan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Negara Brunei Darussalam dan kakitangan dari Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS dan Perbadanan TAIB serta anak-anak syarikatnya.

    Antara yang menyertai kempen derma darah anjuran Perbadanan TAIB dan anak-anak syarikatnya dengan kerjasama Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS di Airport Mall, Berakas, kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Menteri India pengsan semasa berkempen kerana cuaca panas

    NEW DELHI, 25 APRIL - Seorang menteri India telah pengsan semasa berucap pada perhimpunan pilihan raya kerana cuaca panas ketika biro cuaca negara itu...