Kempen pilihan raya Trump Jumaat depan

WASHINGTON, 12 JUN – Presiden Donald Trump akan mengadakan kempen di Tulsa, Oklahoma Jumaat depan sempena pilihan raya Presiden, di tengah-tengah kebimbangan mengenai peningkatan penularan wabak COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Kempen yang bakal diadakan di Tulsa BOK Center itu ketika Amerika Syarikat (AS) bergelut memerangi wabak COVID-19, menyaksikan kes di beberapa negeri terus melonjak ketika perniagaan dibenar beroperasi semula.

Perhimpunan besar-besaran masih dilarang di beberapa negeri lain. – Bernama