Friday, February 7, 2025
23.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen p’raya presiden Perancis masuk hari terakhir

    PARIS, 5 Mei – Calon presiden berhaluan tengah dilihat mengukuhkan cengkamannya sebagai pendahulu kempen pilihan raya yang akan diterjemahkan melalui undian penting warga Perancis pada hujung minggu ini.

    Macron pro-Eropah dan Marine Le Pen berhaluan kanan yang anti-imigresen telah menawarkan visi yang jelas berbeza untuk Perancis semasa kempen yang telah diikuti rapat di Eropah dan seluruh dunia.

    Persaingan menjadi semakin hebat pada hari-hari akhir selepas perdebatan yang dicemari rasa marah dengan Macron memfailkan aduan undang-undang ke atas khabar angin selepas didakwa mempunyai akaun luar pesisir.

    Kedua-dua calon merancang penampilan televisyen berprofil tinggi pada hari terakhir ketika masing-masing berusaha memenangi hati pengundi dengan tinjauan pendapat mencadangkan Macron yang berusia 39 tahun menikmati kelebihan 20 mata ke atas lawannya.

    Calon presiden Perancis Emmanuel Macron (tengah) bercakap kepada seorang lelaki semasa melawat Compagnons du Devoir di Rodez, selatan negara itu kelmarin. – AFP
    Calon presiden Perancis Emmanuel Macron (tengah) bercakap kepada seorang lelaki semasa melawat Compagnons du Devoir di Rodez, selatan negara itu kelmarin. – AFP

    Pada perhimpunan terakhir di kampung utara Ennemain kelmarin, Le Pen memberitahu penyokong bahawa dia akan memberikan mereka kembali kunci ke Istana Elysee.

    “Perancis tidak boleh menunggu lima tahun lagi untuk berbangga,” katanya.

    Pada perhentian yang lebih awal di bandar barat Dol-de-Bretagne, penunjuk perasaan membaling telur ke arah rombongannya tetapi beliau tidak terkena lontaran. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda