Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kempen Promosi sempena TBC

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan Indera Motors

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Menjelang musim perayaan Tahun Baharu Cina (TBC), Indera Motors Sdn Bhd, selaku pengedar tunggal dan peruncit kenderaan Jaguar Land Rover di Brunei telah melancarkan kempen promosi untuk pemiliknya bagi persiapan menyambut perayaan tersebut.

    Para pemilik boleh menikmati Pakej Spring Detailing masa terhad. Pakej tersebut termasuk perkhidmatan seperti dekontaminasi cat, cuci luaran, penggilapan kaca, pensanitasi dalaman, fogging dan banyak lagi. Selain itu, pemilik-pemilik boleh menikmati diskaun 20 peratus untuk sebarang kerja cat tambahan yang dilakukan pada kenderaan mereka.

    Jaguar Land Rover juga menawarkan diskaun aksesori daripada 20 hingga 50 peratus untuk pemilik yang ingin menaik taraf kenderaan mereka secara praktikal dan bergaya. Rangkaian roda aloi terpilih, yang menampilkan pelbagai reka bentuk kontemporari dan dinamik, juga diberikan diskaun eksklusif semasa tempoh perayaan, sementara stok masih ada.

    Pelanggan juga boleh membawa masuk kenderaan mereka untuk memasang kelengkapan di Pusat Servis Indera Motors, di samping pemeriksaan brek menyeluruh dan pemeriksaan keadaan kenderaan oleh juruteknik terlatih.

    Pemeriksaan 36 mata juga akan dijalankan untuk menilai keadaan komponen luaran dan elektrik kenderaan serta kehausan dan kerosakan pada bahagian bawah bonet dan bahagian bawah kenderaan.

    Dengan ketibaan stok baharu di Bilik Pameran Indera Motors, orang ramai boleh menjadualkan sesi pandu uji dan menerima Peket Merah Jaguar Land Rover secara percuma, sementara stok masih ada.

    Kempen tersebut akan berlangsung sehingga akhir Februari.

    Pelanggan boleh memandu uji Range Rover Sport HST baharu sempena kempen promosi berkenaan.
    Pemilik kenderaan juga boleh menikmati Pakej Spring Detailing.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...