Wednesday, November 6, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen Subuh Macam Jumaat diramal pengaruhi undi Alif Satar

    Trofi Artis Versatil Popular yang diraih pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-31, kira-kira enam tahun lalu, tidak mungkin menjadi yang terakhir digenggam penyanyi, pelakon dan pengacara terkenal, Alif Satar.

    Kejayaan jejaka ini menembusi senarai Top 20 edisi ke-36 membuktikan pengaruh Alif atau nama sebenar, Muhammad Alif Mohd Satar, 34, dalam industri hiburan tanah air masih kuat.

    Malah, kempen Subuh Macam Jumaat yang digerakkan akhir tahun lalu diramal mampu memberikan nilai tambah bagi Alif bergelar finalis, sekali gus membuka peluang untuk mengungguli trofi utama ABPBH 36.

    Namun, bagi si empunya diri, bukan kemenangan atau kemasyhuran dikejar, sebaliknya, pengiktirafan yang diberi penganjur ABPBH dianggap lebih bermakna buat dirinya.

    “Secara jujurnya, saya sangat bersyukur kerana walaupun sudah 18 tahun berkecimpung dalam bidang seni, saya masih relevan apabila dicalonkan pada ABPBH 36.

    “Alif sangat terharu apabila media masih memberi sokongan seperti ketika zaman Alif sedang mencari tapak dalam industri dan populariti pula tahap suam-suam kuku.

    “Siapalah Alif kalau hendak dibandingkan dengan calon lain yang lebih muda, kacak, berbadan sasa dan masih bujang. Malah, mereka ini jauh lebih bergaya daripada Alif berbanding zaman mula-mula Alif jadi artis dahulu.

    “Bagi Alif, tak kisahlah siapa yang menang, Aliff Aziz atau Fattah Amin sekalipun kerana kemenangan bukanlah fokus utama.

    “Sebaliknya, Alif hanya nak beri yang terbaik dan buat negara bangga dengan Alif,” katanya kepada BH Online. – Agensi

    Kempen Subuh Macam Jumaat yang digerakkan diramal mampu memberikan nilai tambah bagi Alif bergelar finalis, sekali gus membuka peluang untuk mengungguli trofi utama ABPBH 36. – The Star
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda