Oleh Daniel Lim –
BELAIT, 16 JUN – Seramai 86 orang telah menderma darah dalam kempen yang diadakan di Dewan Kuliah Hospital Suri Seri Begawan (SSB), Kuala Belait, kelmarin.
Dianjurkan oleh tabung darah hospital itu, kempen berkenaan diadakan sempena Hari Penderma Sedunia.
Dalam kalangan 102 yang telah mendaftar untuk kempen itu, hanya 86 orang layak untuk menderma darah.
Penderma darah juga menerima cenderahati atas sumbangan mereka terhadap kempen yang boleh membantu meningkatkan bekalan darah yang memberi manfaat kepada mereka yang memerlukannya.