Sunday, January 26, 2025
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kempen tingkat kesedaran risiko anti-persaingan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 DIS – Dalam usaha meningkatkan kefahaman dalam kalangan pegawai atau agensi perolehan awam mengenai risiko dan langkah pencegahan untuk menghalang perlakuan anti-persaingan dalam tender awam, Suruhanjaya Persaingan Brunei Darussalam (CCBD) telah melancarkan kempen Kesedaran Tipuan Bidaan.

    Kempen berkenaan selaras de-ngan fokus CCBD dalam menentang tipuan bidaan atau kolusif tender bagi menggalakkan proses perolehan awam yang kompetitif.

    Menurut kenyataan CCBD, setakat ini, enam sesi pemberigaan yang memfokuskan kepada tipuan bidaan telah dilaksanakan dengan kementerian-kementerian. Tiga sesi khusus pula telah diadakan bagi vendor dan perniagaan yang didaftarkan di bawah kementerian masing-masing, untuk menekankan kesalahan berat tipuan bidaan di bawah Perintah Persaingan serta kesannya yang memudaratkan.

    Manakala itu, tiga bengkel memberi fokus kepada tipuan bidaan telah dilaksanakan sebagai pendekatan kolaboratif bersama dengan pihak kementerian yang lain.

    Perbincangan mengenai potensi amalan tipuan bidaan dalam tender awam juga telah diadakan bersama beberapa kementerian.

    Kempen Kesedaran Tipuan Bidaan termasuk mengeluarkan poster bersiri yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai risiko-risiko dan langkah pencegahan daripada permulaan proses tender.

    CCBD juga mengalu-alukan kerjasama daripada agensi-agensi kerajaan dalam mencegah tipuan bidaan.

    Sebarang permohonan bagi mengadakan sesi dialog bersama CCBD boleh di hantar kepada Sekretariat Eksekutif CCBD melalui emel brunei.competition@jpes.gov.bn.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda