Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Kempen Trailblazer rai pencapaian wanita di Brunei Darussalam

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MAC – Kisah memperkasakan tiga orang wanita berjaya di Brunei di mana setiap seorang telah memberikan kejayaan yang bermakna dalam bidang kerjaya masing-masing, diketengahkan dalam Kempen Inspirasi Trailblazer anjuran Porsche Brunei.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Porsche Brunei yang mewakili QAF Eurokars, di sini, kempen bermatlamat untuk memperkasa, mengetengahkan dan meraikan pencapaian wanita di Negara Brunei Darussalam.

    Selaras dengan tema Hari Wanita Antarabangsa 2022, #BreakTheBias, kempen itu bertujuan untuk mengikis salah tafsir mengenai wanita dan kereta sport.

    Kenyataan menyatakan lagi bahawa kempen memberikan penghormatan kepada wanita berjaya di negara ini dengan berkongsi pengalaman yang memberi inspirasi dan menggalakkan yang lain bagi mengejar kerjaya dalam bidang yang didominasi oleh lelaki, membuka jalan mereka sendiri untuk berjaya serta tidak pernah segan silu daripada mengambil risiko dan menjadi berdikari.

    Sehubungan itu, siri tiga video gaya dokumentari akan diterbitkan untuk memperingati Hari Wanita Antarabangsa dengan harapan ia memberikan inspirasi kepada wanita di Negara Brunei Darussalam dan seterusnya.

    Siri video berkenaan akan bermula dengan kisah Nancy Kwang iaitu pengarah daerah kanan di salah sebuah agensi insurans unggul di Brunei di mana ia merupakan sebuah industri yang didominasi lelaki.

    Sebagai seorang peminat tegar kereta sport, Nancy berkongsi minat dan pengalamannya di mana beliau merupakan pemilik Porsche Cayenne Coupe yang amat diminati kali pertama beliau menyaksikannya, walaupun turut diuji dengan Taycan.

    Sementara itu, video kedua adalah mengenai Mimi Rahzia yang merupakan ketua pegawai eksekutif sebuah syarikat kesihatan dan kecantikan di mana beliau akan turut berkongsi mengenai pengalamannya dalam industri hiburan.

    Pandangannya mengenai wanita dan kereta sport sungguh menyegarkan di mana baginya tidak ada tempat di dalam dunia moden bagi label atau prejudis di mana keupayaan wanita adalah sama dengan lelaki.

    Manakala itu, wanita ketiga yang diketengahkan ialah Jeehan Al Humayraa yang merupakan seorang pereka dalaman yang mempunyai pengalaman bertahun-tahun bekerja dalam projek berprofil tinggi.

    Beliau juga merupakan pengasas sebuah studio rekaan hartanah komersial dan rumah di mana beliau menerajui industri berkenaan menerusi rekaannya yang inovatif dan berwawasan.

    Minatnya kepada kemewahan juga yang menarik perhatiannya kepada Porsche Macan di mana mempunyai pengalaman dengan pelbagai jenis kereta di dalam kehidupannya, pengalamannya di Porsche Centre Brunei dan Macan amat menonjol baginya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...