Kemudahan latihan NBA dibuka 1 Mei

LOS ANGELES, 27 APRIL – Kemudahan-kemudahan sukan pasukan NBA akan dibuka semula pada hari Jumaat di negeri-negeri dan bandar-bandar di mana perintah berkurung disebabkan oleh pandemik mula dilonggarkan, membenarkan pemain melakukan senaman secara bersendirian.

ESPN melaporkan bahawa pasukan-pasukan akan kekal dilarang dari mengadakan senaman secara berkumpulan atau aktiviti lain. Langkah pada 1 Mei itu akan membenarkan pemain untuk kembali ke kemudahan latihan seperti di Georgia, tempat pasukan Atlanta Hawks, dan Oklahoma, tempat pasukan Oklahoma City Thunder, untuk senaman kesihatan dalam persekitaran yang selamat dan terkawal.

Langkah tersebut, menurut laporan, tidak mencerminkan jadual baharu untuk menyambung musim 2019-2020, yang mana telah dihentikan sejak 12 Mac apabila pemain tengah Utah Jazz Rudy Gobert telah didiagnosis dengan virus. Tetapi ia menandakan satu langkah kecil untuk kembali kepada kemungkinan melengkapkan musim kebiasaan dan playoffs, selalunya berlangsung selama dua bulan. Sebilangan besar kawasan-kawasan yang mempunyai pasukan NBA mempunyai langkah pengurungan yang lebih ketat, kelab-kelab akan terpaksa mencari alternatif jadual senaman bagi pemain yang tidak berada di kawasan di mana mereka dapat melaporkan diri ke kemudahan latihan. – AFP