Thursday, January 23, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kemunculan buaya ancam keselamatan orang ramai

    Baru-baru ini, penulis ada terbaca mengenai seekor buaya yang membaham kaki seorang lelaki sehingga putus yang dikongsikan dalam media sosial.

    Kelibat buaya yang sering muncul di darat juga selalu dilaporkan.

    Saya rasa, kes ini sudah menjadi satu isu yang memerlukan perhatian serius daripada pihak berkuasa dan penduduk setempat.

    Kehadiran buaya boleh membawa risiko kepada keselamatan penduduk, terutamanya mereka yang tinggal dekat sungai, jika tersilap langkah pasti nyawa melayang apalagi kanak-kanak yang tidak mampu mempertahankan diri daripada serangan buaya yang ganas.

    Timbul juga kebimbangan dalam kalangan penduduk yang menggunakan kawasan sungai sebagai tempat beriadah seperti memancing atau mandi-manda.

    Kehadiran buaya yang tidak terkawal boleh menghalang penduduk daripada menjalankan aktiviti harian mereka dengan tenang dan selamat sehingga menjejaskan gaya hidup mereka. Bagi menangani isu itu, penulis mencadangkan agar pihak berkuasa dapat menguatkuasakan langkah-langkah pencegahan dan pemantauan berkesan dari semasa ke semasa.

    Penduduk pula perlu diberikan kesedaran cara-cara bagi mengelakkan diri daripada serangan buaya. Pihak berkuasa juga hendaklah memastikan lampu dipasang di kawasan yang selalu didatangi buaya terutama di kawasan sungai, parit, mahupun longkang agar penduduk setempat peka dengan kehadiran buaya ketika melakukan aktiviti.

    Diharapkan isu ini dapat diatasi dengan efektif demi menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.

    Aku Bukan Buaya Darat

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda