Kemunculan EXO dinanti ramai peminat

Sejak mengumumkan bakal muncul dengan album baharu berjudul Obsession awal bulan ini, peminat tegar kumpulan EXO nampaknya sudah tidak sabar lagi.

Sememangnya kemunculan semula kumpulan tersohor itu menjadi bualan hangat di media sosial. EXO yang dianggotai Suho, Xiumin, Baekhyun, Chen, Chanyeol, D.O, Kai, Sehun dan Lay turut memuat naik sedutan konsep album keenam mereka itu di Internet.

Video berdurasi satu minit itu menggambarkan kumpulan terbabit bakal menjadi fenomena semula. Karisma setiap anggota cukup menyerlah dalam video berkenaan.

Sebagaimana mereka dikenali sebelum ini, unsur fantastik sentiasa menjadi titik fokus kumpulan itu terutama menerusi video muzik. Di akhir video sedutan itu, Sehun menunjukkan aksi sedia lepaskan anak panah berapi diringi frasa ‘Let the fight begin’.

Video itu mendapat perkongsian luar biasa di Twitter dengan menggunakan tanda pagar We are one EXO. Slogan itu diiktiraf EXO selepas sekian lama digunakan peminat.

Obsession adalah buah tangan terbaharu EXO selepas Don’t Mess Up My Tempo yang dihasilkan pada November tahun lalu. Album itu berjaya menduduki tangga ke-23 carta Billboard. – Agensi

EXO yang dianggotai Suho, Xiumin, Baekhyun, Chen, Chanyeol, D.O, Kai, Sehun dan Lay turut memuat naik sedutan konsep album keenam mereka itu di Internet. – Agensi