Kemunculan sulung ‘Nasdaq’ China ledak saham

SHANGHAI, 22 JULAI – Saham-saham di papan teknologi ala Nasdaq baharu Shanghai hari ini didagang tinggi, dengan sebuah firma meroket lebih daripada 500 peratus, ketika pelabur bergegas merebut peluang liberalisasi pasaran terkini China pada kemunculan sulungnya.

Kesemua 25 komponen di Papan Inovasi Sci-Tech Bursa Saham Shanghai atau Pasaran STAR, diniaga tinggi hari ini dalam satu pengesahan awal terhadap rancangan China untuk menggunakan papan berteknologi tinggi bagi membantu membiayai firma teknologi yang semakin pesat tumbuhnya dan menggalakkan mereka disenaraikan di luar negara.

Anji Technology, sebuah pengilang solar bertenaga bateri, ditutup niaga pagi sehingga 415.44 peratus pada 202 yuan selepas awalnya meledak setinggi 520 peratus.

Komponen terbesar di papan teknologi, China Railway Signal & Communication, naik 125.64 peratus kepada 13.20 yuan dengan kadar pusingan modal pasaran 7.6 bilion yuan (AS$1.1 bilion).

Pengenalan papan tersebut yang peraturan penyenaraian dan perniagaan dilonggarkan secara mendadak, mewakili satu daripada reformasi pasaran kewangan paling signifikan China dan senjata berpotensi dalam persaingan teknologi yang semakin meningkat dengan Amerika Syarikat.

Ketua Parti Shanghai, Li Qiang (tengah kiri) dan Pengerusi Suruhanjaya Peraturan Sekuriti, Yi Huiman (tengah kanan), bersama ketua-ketua 25 syarikat meraikan pelancaran SSE STAR Market di Bursa Saham Shanghai, di Shanghai, China, 22 Julai. Dagangan bermula hari ini di pasaran saham bagi syarikat-syarikat teknologi China dalam usahanya menyaingi Amerika Syarikat. – AP

Papan teknologi itu bagaimanapun belum lagi menarik nama-nama syarikat yang terkenal.

Namun China berharap ia lama-kelamaan akan menarik penyenaraian daripada gergasi teknologi kaya dan stabil negara—syarikat pemula niaga bernilai minimum $1 bilion—termasuklah perintis pembayaran telefon mudah alih anak syarikat Alibaba, Ant Financial; gergasi perkongsian perjalanan Didi Chuxing dan platform perkhidmatan dalam talian, Meituan-Dianping.

Kerajaan China mempunyai wawasan bahawa bursa saham itu akan menyamai pasaran saham teknologi Nasdaq suatu hari kelak, menggalakkan firma-firma menyenaraikan syarikat mereka dalam negara selepas Alibaba dan Baidu memilih Wall Street.

Visi itu bagaimanapun mungkin akan mengambil masa untuk direalisasikan memandangkan Nasdaq mempunyai lebih daripada 3,000 syarikat disenaraikan dan merupakan salah sebuah daripada bursa saham terbesar dunia.

“Saya kira pasaran sains dan teknologi akan berkembang menjadi sektor utama dan penting dalam pasaran China, namun ia akan mengambil masa yang lama, mungkin 10, 20 tahun atau lebih lama lagi,” kata pengurus dana di Ruisen Capital Management, Jiang Liangqing. – AFP