MOSCOW, 4 FEB – Gergasi e-dagang China, Kumpulan Alibaba berkata mungkin berlaku kelewatan membabitkan pemprosesan dan penghantaran pesanan yang dibuat selepas 20 Januari, berikutan langkah kerajaan memanjangkan tempoh cuti Tahun Baharu China, lapor agensi berita Sputnik.
“Disebabkan cuti Tahun Baharu Cina dilanjutkan dan peraturan berkaitan, beberapa pesanan di AliExpress pada atau selepas 20 Januari mengalami kelewatan pemprosesan dan penghantaran. Terpulang kepada pelanggan dan penjual sama ada mahu membatalkan tempahan,” kata wakil Kumpulan Alibaba dalam satu kenyataan.
Syarikat itu mengelak untuk mengatakan wabak koronavirus menjadi punca kepada gangguan operasi. – Bernama




























