Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Kemusnahan akibat Rai terlalu dipandang remeh

    PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU, 21 JAN – Kemusnahan akibat Taufan Rai di Filipina pada Disember 2021 telah ‘terlalu dipandang remeh’ dalam penilaian awal, meningkatkan tiga kali ganda bilangan orang yang ‘serius terjejas’ kepada sembilan juta orang, kata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    Kempen PBB untuk mengumpul bantuan AS$107.2 juta untuk mangsa dilancarkan seminggu selepas ribut melanda wilayah selatan dan tengah kepulauan itu pada 16 Disember, mengorbankan seramai 406 orang manakala ratusan lagi kehilangan rumah. Namun Penyelaras Residen PBB di Filipina, Gustavo Gonzalez, semalam berkata sasaran itu akan disemak semula selepas lebih 66 penilaian lapangan menunjukkan kemusnahan jauh lebih teruk daripada yang disangkakan pada awalnya.

    “Sebulan sejak pendaratan pertama Taufan Super Rai, kami menyedari bahawa kami telah memandang rendah skala kemusnahan,” kata Gonzalez dalam taklimat maya. Lebih 1.5 juta rumah rosak atau musnah dalam ribut – hampir satu pertiga lebih banyak berbanding Taufan Haiyan pada 2013, kata Gonzalez, menambah lebih banyak sumber ‘sangat diperlukan’.

    Hanya 40 peratus daripada dana telah diterima, kata Gonzalez, menyeru solidariti dengan Filipina untuk mengelakkan taufan menjadi ‘krisis yang dilupakan’.

    “Kawasan yang dilanda taufan sudah pun bergelut dengan COVID-19, kemiskinan dan kekurangan zat makanan, menyaksikan ekonomi mereka ‘secara literal musnah’.

    “Ini adalah wilayah yang sangat rapuh,” katanya. Skala bencana, kekurangan kuasa dan komunikasi di beberapa kawasan, dan kehabisan tabung kerajaan selepas tindak balas COVID-19 menghalang usaha mengagihkan bantuan. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...