Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Sept – Mahkamah Majistret, kelmarin, menjatuhkan hukuman empat minggu penjara terhadap seorang lelaki yang mengaku bersalah mencuri barangan elektrik.
Mohammad Fahmy Fakhri bin Haji Ismail didakwa melakukan kesalahan itu di salah sebuah kedai di Pusat Beli-Belah Aman Hills pada 10 September 2018.
Tertuduh bagaimanapun, membuat permohonan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan dan dibenarkan oleh Majistret Hajah Noor Amalina binti DP Haji Alaihuddin.
Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Sabrina binti Haji Mahmud.