VIENNA, 3 Mei – Dua pengunjung restoran di Austria menerima padah apabila mereka berani merungut mengenai satu kekeliruan dalam pesanan makanan mereka dan terpaksa melarikan diri daripada pemilik restoran yang marah, kata polis semalam.
Polis di Austria berkata mereka dipanggil ke sebuah restoran di Bad Schallerbach, kira-kira 200 kilometer dari Vienna pada lewat Rabu, apabila pemilik naik gila dan mengeluarkan kata-kata kesat – serta melontar pinggan makanan yang bertimbun dengan makanan – kepada dua pelanggan yang mengadu pesanan makanannya salah. “Selepas menerima aduan mengenai satu kekeliruan pesanan, pengurus rumah penginapan berusia 56 tahun – melontar pinggan dan isi kandungan mereka ke wajah pelanggan,” kata polis dalam satu kenyataan. – AFP