Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Kena denda $2,500 pandu secara berbahaya

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 MEI – Seorang lelaki tempatan dihadapkan ke mahkamah hari ini dan didenda $2,500 selepas mengaku bersalah atas tuduhan memandu secara berbahaya dan gagal berhenti atas arahan polis.

    Mohammad Khairul Adzmie bin Sahari, 39, akan menjalani hukuman tambahan penjara selama dua bulan dan dua minggu jika gagal membayar denda tersebut.

    Pendakwa Raya, Hajah Siti Mu’izzah binti Haji Sabli mendedahkan bahawa kejadian bermula apabila defendan melarikan diri daripada pegawai Biro Kawalan Narkotik yang cuba menahannya di Rumah Pusat Bahagia, Kampung Sibut pada 2 Februari 2021.

    Pihak BKN kemudiannya meminta bantuan daripada Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) Cawangan Bangar untuk menahan defendan, yang berjaya melarikan diri dengan menggunakan keretanya.

    Pada pukul 7:45 malam, ketika defendan memandu di sepanjang Jalan Labu, dia ternampak sekatan jalan raya polis di hadapan dan membuat pusingan U di jalan sehala sehingga menyebabkan kekacauan kepada pengguna jalan raya yang lain.

    Anggota polis yang ternampak kereta defendan kemudian mengejarnya.

    Ketika aksi kejar-mengejar defendan tetap tidak menghiraukan arahan polis untuk berhenti walaupun mereka berada di bersebelahan keretanya

    Akhirnya, polis cuba memintas kereta defendan dalam usaha untuk memperlahankannya, tetapi sebaliknya defendan merempuh bahagian belakang kereta polis. Ini menyebabkan defendan dan polis memberhentikan kereta masing-masing.

    Bagaimanapun, defendan sekali lagi cuba untuk memandu lari tetapi melanggar penghadang jalan dan akhirnya membawa kepada penahanannya.

    Semasa menjatuhkan hukuman, Majistret Nur Eleana binti DSP Haji Hairol Arni memberi penekanan kepada fakta bahawa defendan telah membahayakan pengguna jalan raya lain dan anggota polis semasa mengejarnya, mempertaruhkan nyawa dengan bersikap mementingkan diri bagi mengelak masalah undang-undang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...