Oleh Rafidah Jumat
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Mac – Seorang wanita tempatan dijatuhi hukuman denda $3,100 oleh Mahkamah Majistret, hari ini, atas kesalahan memiliki rokok dan minuman keras yang tidak diisytiharkan kepada pihak kastam.
Heryuni, 28, mengaku salah atas pertuduhan memiliki satu karton dan 43 paket rokok termasuk sebotol minuman keras di kawasan Berakas pada 18 Februari 2017.
Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid memberi tempoh kepada defendan untuk membayar denda tersebut dan jika gagal akan berdepan hukuman 13 minggu penjara.