Thursday, October 10, 2024
30.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kena penjara cabul rakan sekerja

    Oleh Rafidah Jumat

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Ogos – Seorang pekerja di salah sebuah restoran segera yang mengaku bersalah melakukan cabul terhadap rakan sekerjanya, dijatuhi hukuman tujuh bulan penjara dan satu sebatan oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

    Hukuman dijatuhkan Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid ke atas Vilmor Leonardo Santos, 33, dari Filipina yang dituduh berkelakuan ‘tidak sopan’ terhadap mangsa berusia 17 tahun, yang baru sahaja bekerja di restoran segera tersebut.

    Dia didakwa melakukan kesalahan itu beberapa kali, ketika mangsa baru sahaja tiba di tempat kerja dan semasa rehat pada 3 Ogos 2017.

    Mangsa yang tidak selesa dengan kejadian yang berlaku, telah memberitahu rakannya melalui kiriman teks.

    Rakannya menasihatkannya untuk memaklumkan insiden itu kepada penyelianya, yang kemudian bersemuka dan bertanyakan tertuduh mengenai perkara itu.

    Tertuduh mengakui kesilapannya dan memohon maaf kepada mangsa dan tidak akan mengulangi perbuatannya.

    Sebaik pulang ke rumah, mangsa memberitahu kejadian itu kepada ibu bapanya, yang terus membuat laporan polis.

    Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Sharon Yeo.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda