Kenaikan harga gasolin cetus bantahan

BANDAR MEXICO, 2 Jan – Beratus-ratus orang warga Mexico yang berang berbaris di Bandar Mexico hari ini untuk membantah kenaikan tinggi harga gasolin.

Mereka membawa sepanduk yang menyelar Presiden Enrique Pena Nieto, yang kerajaannya pada minggu lalu mengumumkan bahawa harga gasolin akan dinaikkan sebanyak-banyaknya 20 peratus kepada 0.88 dolar seliter pada Hari Tahun Baru, manakala diesel akan dinaikkan 16.5 peratus kepada 0.83 dolar.

Pena Nieto telah berjanji harga minyak akan akhirnya jatuh kerana reformasi tenaga bersejarah 2014 yang beliau perkenalkan, yang menamatkan monopoli firma kerajaan Pemex selama tujuh dekad.

Kerajaan merancang menamatkan subsidi dan membiarkan pasaran menetapkan harga pada Mac. Tetapi rakyat Mexico akan merasakan kesan menyakitkan kenaikan itu sebelum ia mula jatuh.

Para pembantah berbaris di Sun di sepanjang Jalan Reforma, Bandar Mexico menuju dataran tengah besar dipanggil Zocalo.

Gambar fail pada 27 Disember 2016 menunjukkan seorang pekerja sebuah stesen minyak ketika melakukan tugas di San Luis Potosi, Mexico. Mulai 1 Januari 2017 harga bahan api di Mexico akan meningkat sebanyak 20.1 peratus bagi petrol dan 16.5 peratus untuk diesel, Kementerian Kewangan mengumumkan. – AFP
Gambar fail pada 27 Disember 2016 menunjukkan seorang pekerja sebuah stesen minyak ketika melakukan tugas di San Luis Potosi, Mexico. Mulai 1 Januari 2017 harga bahan api di Mexico akan meningkat sebanyak 20.1 peratus bagi petrol dan 16.5 peratus untuk diesel, Kementerian Kewangan mengumumkan. – AFP

“Dengan berita ini tentang gasolin, saya tidak tahu berapa banyak yang kami boleh terima,” kata Dulce Maria Coeta, seorang suri rumah.

“Malah gaji minimum tidak cukup untuk membeli barangan runcit. Kini ia malah akan semakin teruk.”

Penduduk Mexico pergi ke stesen minyak minggu lalu untuk mengisi tangki kereta mereka sebelum kenaikan harga.

Laporan berita semalam mengatakan sesetengah stesen minyak kehabisan minyak.

Pemex berkata ini berlaku dalam tempoh kurang satu peratus stesen perkhidmatannya.

Bantahan adalah satu kebingungan terbaru bagi Pena Nieto. – AFP