Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Kenaikan harga minyak sawit jejas pasaran

    NEW YORK, 1 MEI – Keputusan Indonesia untuk menggantung eksport minyak sawit ketika berdepan kekurangan domestik telah mendorong harga minyak naik ke tahap amat tinggi, sekali gus menjejas pasaran yang telah pun gelisah disebabkan perang di Ukraine dan pemanasan global.

    Harga kelapa sawit, kacang soya, biji sesawi Eropah dan minyak jagung telah mencecah tahap amat tinggi berikutan pengumuman Indonesia pada Rabu.

    “Kami telah pun menghadapi masalah dengan kacang soya di Amerika Selatan, dengan minyak jagung di Kanada,” kata Philippe Chalmin, profesor ekonomi di Universiti Paris-Dauphine di Perancis, menyatakan kedua-dua tanaman telah terjejas teruk akibat kemarau berlarutan.

    Seterusnya ‘bunga matahari musnah di Ukraine’ disebabkan serangan Rusia, tambah beliau.

    Minyak sawit adalah minyak sayuran paling banyak digunakan di dunia dan Indonesia menyumbang kepada 35 peratus daripada eksport global, menurut James Fry, pengerusi firma pakar runding LMC.

    Pengharaman eksport Indonesia bertujuan menurunkan harga dalam negara dan mengehadkan kekurangan, menurut pihak berkuasa.

    Namun Chalmin berkata tindakan tersebut ‘muncul pada masa paling teruk.’

    “Kenaikan dalam harga telah berlaku sejak tahun lalu dan ia diburukkan oleh konflik Ukraine,” jelasnya.

    Rich Nelson daripada firma penyelidikan pasaran pertanian Allendale berkata ‘industri percaya ia akan berlarutan selama sebulan atau dua bulan lagi.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...