Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    Kenaikan kes cerminkan orang ramai patuhi SOP

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MEI – Dengan kenaikan kes jangkitan harian COVID-19 di Negara Brunei Darussalam hari ini, ia menunjukkan bahawa orang ramai masih membuat ujian pantas antigen (ART) secara meluas dan kenaikan berkenaan juga tidak menghairankan kerana dengan sambutan Hari Raya, orang ramai kunjung-mengunjungi dan berkumpul.

    Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar berkata lanjut, pihak Kementerian Kesihatan akan berasa bimbang jika jumlah kes kurang daripada 20, kerana berkemungkinan ramai yang tidak melakukan ART.

    “Dengan peningkatan kes ini juga, ia sedikit sebanyak membimbangkan tapi Kementerian Kesihatan yakin orang ramai masih saja melakukan prosedur operasi standard (SOP) terutama sekali melakukan ART,” tambah beliau semasa memberi respons kepada penyebab peningkatan jumlah kes pada sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato seterusnya berharap, semoga keadaan berada pada tahap yang terkawal dan penting sekali dalam kategori 4 dan 5.

    “Memang akan ada kes tapi jika kita mengamalkan SOP dan membuat vaksinasi dan bagi yang sudah mendapatkan dos booster, keadaan akan masih terkawal,” jelasnya.

    Dengan peningkatan kes harian menunjukkan orang ramai masih melakukan ART secara meluas dan mengikuti SOP yang telah ditetapkan.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...