Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Kenaikan kos haji diharap seiring perkhidmatan jemaah

    MEKAH, 12 JUN – Kenaikan kos mengerjakan haji tahun ini diharap seiring dengan kualiti perkhidmatan dan kebajikan yang bakal dinikmati jemaah.

    Ketua Rombongan Haji Malaysia, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, keadaan kenaikan kos bukan sahaja menjadi topik utama di Malaysia tetapi juga negara lain, malah Lembaga Tabung Haji (TH) meletakkan harapan tinggi agar perjalanan haji tahun ini lebih baik dari sebelumnya.

    “Perkara ini ada dibincangkan dengan negara-negara serantau bahawa kos haji yang meningkat begitu ketara berbanding tahun sebelum ini… ia disebabkan beberapa faktor luar kawalan seperti inflasi, percukaian dan sebagainya.”

    Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas majlis menyambut ketibaan 291 jemaah dari Madinah di hotel Land Premium, di sini, iaitu hotel kedua yang dibuka bagi jemaah Malaysia. 

    Menurut Syed Saleh, perkhidmatan Makkah Route atau pra pelepasan untuk jemaah haji Malaysia juga adalah salah satu perkhidmatan terbaik, apatah lagi Malaysia terpilih di antara lima negara lain yang dipilih Arab Saudi.

    Selain itu, kemudahan lain yang diharapkan ditambah baik termasuklah keselesaan di khemah sama ada di Arafah dan Mina, kemudahan tandas, kualiti sajian serta kelancaran pergerakan bas.

    Tegas beliau, walaupun kos meningkat, hanya sebahagian sahaja ditanggung oleh jemaah haji manakala selebihnya diuruskan oleh TH melalui pelbagai pendapatan, pelaburan dan perniagaan, malah ia melibatkan perbelanjaan tambahan yang besar.

    Jemaah yang telah berada di Madinah dan Mekah juga terpaksa berdepan dengan kenaikan harga makanan di restoran serta barangan lain. 

    Sementara itu, turut dilaporkan, seramai 3,882 jemaah haji Malaysia telah selamat tiba di Madinah menerusi 15 penerbangan. – Bernama

    Sebahagian daripada 291 jemaah ketika tiba di hotel Land Premium kelmarin disambut dengan pemberian kurma. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    7 remaja ditahan dalam serbuan antikeganasan

    SYDNEY, 24 APRIL - Polis Australia memberkas tujuh remaja dalam serbuan antikeganasan hari ini, dengan dakwaan rangkaian itu mungkin merancang serangan dan menimbulkan ‘risiko...