Kenaikan pangkat pegawai kanan

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 NOV – Pada menjunjung titah perintah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam, telah berkenan mengurniakan titah perkenan bagi Pemangku Pengarah Protokol dan Hal Ehwal Konsular, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Haji Muhammad Fakhri bin Haji Mohd Taib dilantik menjadi timbalan setiausaha tetap, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri berkuat kuasa Khamis, 18 November 2021.