Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    Kenal pasti penipu jualan dalam talian

    Saya merujuk kepada surat pembaca bertajuk ‘Jangan mudah tertipu dengan peniaga online’, bertarikh 18 Januari. Nasihat saya, jangan luan percayakan kawan.

    Walaupun tukang ‘promosi’ itu ialah kawan sendiri, awda seharusnya mempertimbangkan sewajarnya supaya dapat membuat keputusan yang bijak. Nilai $150 itu satu nombor yang besar buat saya. Saya pasti awda juga berasa begitu. Apa pun, nasi sudah menjadi bubur. Pasrah sajalah.

    Penipuan peniaga online boleh berlaku kepada siapa saja dan pasti merugikan si pembeli.

    Oleh itu, penting untuk mengetahui cara mengelakkan penipuan peniaga online. Berikut saya cadangkan beberapa tips untuk membantu awda terhindar daripada menjadi mangsa penipuan online yang seterusnya.

    Pertama sekali, pastikan peniaga dikenali. Pastikan awda membeli daripada peniaga yang dikenali dan boleh dipercayai. Ini termasuk memeriksa testimoni pelanggan dan memastikan mereka mempunyai reputasi yang baik. Berkenaan testimoni, saya cadangkan awda membaca testimoni yang buruk (satu bintang) dan jika langsung tiada, boleh dikatakan bahawa peniaga tersebut agak jujur dan mungkin boleh dipercayai. Hal ini kerana, ada peniaga online di luar sana yang membeli ‘servis menaikkan like’ atau ‘servis memberikan testimoni positif’ supaya rating kedai onlinenya menjadi antara yang teratas dan nampak bagus di mata pembeli.

    Semak testimoni pelanggan-pelanggan terdahulu sebelum membuat pembayaran. – Agensi

    Seterusnya, pastikan harga adil. Jika awda menemui harga yang sangat murah, pastikan awda memeriksa dengan teliti sebelum membuat pembelian. Harga yang sangat murah boleh jadi tanda satu penipuan.

    Jika difikirkan secara logik, bagaimana peniaga mahu untung jika mereka menjual sesuatu barang dengan harga yang terlalu murah? Tujuan mereka berniaga pastilah mahu meraih keuntungan, bukannya mengisi masa lapang! Sebagai ‘rule of thumb’, pastikan perbezaan harga antara produk yang dijual di pasaran dan di kedai online adalah sekitar lima hingga 10 peratus sahaja.

    Selain itu, pastikan laman web selamat. Pastikan awda membeli dari laman web yang selamat. Ini termasuk memastikan bahawa URL laman web yang betul. Contohnya seperti nike.com (bukannya mike.com). Pastikan juga laman web yang awda layari bermula dengan https:// (bukannya http://).

    Seterusnya, gunakan kaedah pembayaran yang selamat seperti kad kredit atau PayPal untuk memastikan awda dilindungi. Elakkan menggunakan kad debit kerana jika awda menggunakan kad debit, ia seperti menyerahkan bulat-bulat wang awda kepada si penjual.

    Manakala, jika awda menggunakan kad kredit atau PayPal, wang akan tertahan di pihak ketiga sehinggalah transaksi antara awda dengan penjual selesai.

    Jika terdapat pertikaian, awda boleh melaporkan kepada pengeluar kad kredit (pihak bank) untuk menyekat transaksi tersebut. Jadi, wang awda masih dapat diselamatkan.

    Akhir sekali, baca terma dan syarat. Pastikan awda membaca syarat dan terma sebelum membuat pembelian. Ini termasuk memastikan awda memahami apa yang dibeli dan bagaimana boleh membuat tuntutan jika ada masalah. Dengan mengikuti tips-tips ini, diharapkan kitani boleh terlindung daripada ditipu oleh peniaga online.

    Sentiasa berwaspada dan pastikan awda juga membuat pembelian bijak.

    Pembeli online

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Dua gempa berukuran 6 dan 6.3 magnitud landa timur Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Dua gempa bumi berukuran 6 dan 6.3 magnitud melanda tengah Daerah Hualien di timur Taiwan masing-masing pada 2:26 pagi dan 2:32 pagi ini,...