1-Abap-abap bermaksud bertiarap atau berbaring dengan dada dan perut ke bawah. Contoh pemakaian kata: Anak damit atu abap-abap di tilam.
2-Abak-abak atau kabak-kabak bermaksud berdebar atau denyutan jantung yang cepat daripada biasa kerana terkejut atau takut. Contoh pemakaian kata: Abak-abak atingku mandangar bungi tamparik atu.
3-Abal-abal bermaksud :
I-Tidak kenyang makan, contoh pemakaian kata: Mun ganya makan kuih sadikit, abal-abal lakat parutku.
II-Tidak mencukupi tentang makanan. Contoh pemakaian kata: Jamputannya dua ratus urang, makanannya cukup untuk lima puluh urang ganya, abal-abal jua tu.
4 – Diamun bermaksud dicabar atau diajak berkelahi. Contoh pemakaian kata: Jangan diamun kadidia atu, pemanas tu.
5 – Acuk-acuk bermaksud tersendiri atau terasing ketika berada di sesuatu tempat. Contoh pemakaian kata: Samua urang duduk di dapan, Si Bagol ganya acuk-acuk di balakang.