Sunday, January 19, 2025
28 C
Brunei

    Berita Terkini

    Kenali permainan tradisi melalui media sosial

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gambar serahan Jabatan Muzium-muzium

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 DIS – Sempena Festival Disember Brunei (BDF), Jabatan Muzium-muzium Brunei telah mengadakan segmen Kenali Permainan Tradisi di platform media sosial jabatan berkenaan, hari ini.

    Jabatan Muzium-muzium telah menyediakan beberapa aktiviti yang dibahagikan mengikut segmen dan dilaksanakan secara dalam talian.

    Dalam Segmen Kenali Permainan Tradisi itu ada menyediakan empat jenis permainan tradisi iaitu Congkak, Simban, Pasang dan Tilu-Tilan yang telah diadakan pada 6, 7, 9 dan 11 Disember nanti serta disampaikan oleh Pegawai Perkhidmatan Pelajaran, Haji Mahrin bin Haji Abas.

    Objektif aktiviti berkenaan adalah untuk memasyarakatkan permainan-permainan tersebut kepada orang awam agar diketahui umum dan pada masa yang sama agar tidak pupus ditelan zaman.

    Antara yang menghadiri segmen tersebut yang diadakan secara maya.
    Haji Mahrin ketika menyampaikan segmen secara maya itu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda