Kenali sejarah budaya teh Cina

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan Sekolah Chung Hwa, Kiudang

TUTONG, 19 JULAI – Pelajar dan guru dari Sekolah Chung Hwa, Kiudang berpeluang untuk menyertai Bengkel Budaya Teh Cina yang dikendalikan oleh dua orang pembengkel, Chong Yun Fatt dan Sim Jeng Siang, baru-baru ini.

Bengkel itu memberikan pengenalan kepada para pelajar dan guru mengenai sejarah budaya teh Cina, peralatan yang digunakan untuk membuat teh serta persiapan dan cara penghidangan teh.

Semasa bengkel itu, pelajar dan guru juga diberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam pelbagai kaedah penyediaan dan penghidangan teh.

(Kiri & Kanan) Pelajar dan guru diberikan peluang untuk mengambil bahagian dalam pelbagai kaedah penyediaan dan penghidangan teh semasa bengkel berkenaan.