Saturday, October 1, 2022
34.4 C
Brunei

Kenali teknik ikatan Non Slip Loop

-

Oleh Raz AS

Ikatan Non Slip Loop atau juga dikenali sebagai ikatan Kreh Loop adalah teknik ikatan yang telah dipopularkan oleh tokoh pemancing lagenda di Amerika Syarikat, Lefty Kreh.

Ikatan ini bertujuan untuk menghubungkan tali pancing dengan umpan fly atau lure, yang akan memberikannya aksi yang lebih natural.

Sesetengah pemancing berpendapat bahawa ikatan Non Slip Loop ini adalah lebih senang untuk diikat berbanding ikatan Rapala, yang lebih kurang serupa teknik ikatannya, namun mempunyai kekuatan sama yang boleh dipercayai.

Teknik ikatan ini digunakan sendiri oleh penulis untuk mengikat pelbagai jenis lure, setelah beralih daripada menggunakan ikatan Rapala. Hasilnya, ia tidak pernah mengecewakan.

Hanya dengan sedikit latihan, teknik ikatan Non Slip Loop boleh dibuat dengan senang dan pantas.

Langkah-langkah membuat teknik ikatan Non Slip Loop. – Agensi

Pertama sekali buatkan simpulan ikatan biasa yang kendur pada tali pancing sebelum hujungnya dimasukkan ke dalam lubang lure atau fly. Kemudian hujung tali yang dimasukkan ke dalam lubang lure itu dimasukkan ke dalam lingkaran yang terhasil daripada simpulan ikatan biasa tadi.

Langkah seterusnya adalah untuk melilitkan hujung tali tersebut ke pangkal tali pancing sekurang-kurangnya sebanyak empat ke lima kali bergantung pada saiz ketebalan tali yang digunakan.

Setelah membuat beberapa lilitan, hujung tali dimasukkan kembali ke lingkaran tadi.

Basahkan tali dengan air sebagai pelincir dan tarik perlahan-lahan untuk mengemaskan ikatan. Setelah ikatan kemas potong lebihan tali.

Sebagai peringatan, teknik ikatan ini hanya sesuai digunakan untuk tali jenis monofilament dan flourocarbon sahaja.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

19 terbunuh, 28 cedera dalam kejadian letupan bom

ISLAMABAD, 30 SEPT – Sekurang-kurangnya 19 orang terbunuh dan 28 lagi cedera dalam satu kejadian pengeboman nekad di sebuah pusat pendidikan di ibu negara Afghanistan,...
- Advertisment -