Kenapa badan lelaki berbau?

Tahukah anda bahawa bau badan yang busuk mempunyai implikasi yang sangat besar terhadap seseorang.

Mereka akan mempunyai keyakinan diri yang rendah, masalah untuk bergaul dengan orang lain serta mungkin akan dipulaukan disebabkan oleh bau badan yang tidak menyenangkan.

Sebagai seorang lelaki maskulin, kita perlu sentiasa peka dengan bau badan sendiri. Ramai beranggapan bahawa bau badan busuk hanya disebabkan oleh faktor kebersihan diri. Namun ia sebenarnya boleh berlaku di atas faktor-faktor yang lain.

Justeru, bagaimanakah untuk kita kenal pasti apakah puncanya? Berikut adalah perkongsian yang anda boleh kenal pasti kenapa badan lelaki boleh berbau dan sebagainya.

Bakteria

Bau badan merupakan gabungan peluh dan juga bakteria. Bakteria memecahkan peluh kepada ‘aromatic fatty acids’ yang menghasilkan bau yang tidak menyenangkan. Badan berbau boleh juga dipengaruhi oleh perasaan, diet, sembelit dan ubat-ubatan tertentu. Kesan sampingan daripada ubat-ubatan tersebut boleh menyebabkan peluh berlebihan.

Sebagai seorang lelaki maskulin, kita perlu sentiasa peka dengan bau badan sendiri. – Agensi
Bau badan merupakan gabungan peluh dan juga bakteria. – Agensi

Toksin

Bahan buangan yang terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan yang tidak sempurna juga di antara punca badan menjadi kerap berbau. Toksin ini juga disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran usus berfungsi dengan baik.

Akibat sistem pencernaan tubuh yang tidak berfungsi dengan baik, maka toksin akan terkumpul dalam badan. Mereka yang gemar memakan daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline.

Kafein dan rempah

Pengambilan kafein dan bahan berempah seperti bawang putih juga akan menyebabkan bau badan yang keterlaluan. Kurangkan makanan tinggi Choline bagi mengelakkan tubuh mengeluarkan bau.

Genetik

Bau badan juga boleh disebabkan faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.

Tips elak badan berbau

Mandi dengan kerang sekurang-kurangnya tiga kali sehari.

Pilih pakaian dari fabric kapas dan longgar bagi meminimumkan rembesan peluh.

Elak makanan tinggi Choline.

Cukur rambut halus di bahagian sulit secara berkala.

Amalkan pemakaian deodoran yang mengandungi bahan antiseptik.

Amalkan penggunaan cecair pencuci mengandungi tiga peratus hidrogen peroksida, pewangi dan antipeluh.

Jika ia sangat serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan. – Agensi