Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    Kenapa perlu malu? – Tuah Adzmi

    Penyanyi Tuah Adzmi kembali bekerja sebagai pembantu stor di sebuah kilang mencetak Al-Quran meskipun sebelum ini pernah memberitahu sudah meletakkan jawatan kerana mahu memberi fokus kepada kerjaya seni.

    Tuah atau nama sebenarnya Arumi Nafis Mohd Adzmi, 24, berkata, pengalaman melalui waktu sukar sebelum ini membuatkan dia lebih memikirkan masa depan dan memiliki pendapatan tetap.

    “Saya kembali bekerja di kilang tersebut tetapi hanya separuh masa sahaja. Jadi saya boleh ambil cuti pada bila-bila masa jika menerima undangan menyanyi,” katanya kepada mStar.

    Tuah yang merupakan bekas peserta Big Stage 2022, ditemui ketika majlis santai bersama artis-artis FMC yang berlangsung di Kuala Lumpur baru-baru ini.

    Tidak meletakkan status sebagai selebriti sebagai penghalang untuk dia bekerja di sebuah kilang, keutamaan Tuah ketika ini adalah untuk mencari pendapatan stabil agar dapat menampung perbelanjaan seharian.

    Pengalaman waktu sukar buat Tuah lebih matang. – Agensi

    Sebagai anak tunggal, Tuah juga sudah terbiasa bekerja keras mencari rezeki sendiri selepas kematian arwah bapanya ketika dia berusia enam tahun.

    “Kenapa perlu malu? Saya buat kerja halal. Malah saya bangga kerana ada pendapatan yang boleh menampung kehidupan.

    “Bagi saya status seorang artis itu tidak penting. Apa yang menjadi keutamaan ialah saya dapat membantu ibu. Kerja ini juga merupakan satu peluang untuk saya meneruskan hidup,” ujarnya.

    Sementara itu bercakap tentang perkembangan kerjaya, Tuah baru sahaja melancarkan lagu baharu berjudul Dusta Cinta yang sudah mula dipasarkan di semua aplikasi penstriman sejak sebulan lalu.

    Melihat trend muzik semasa, Tuah mengambil langkah berani untuk tampil dengan sebuah lagu yang menonjolkan elemen muzik seperti era 1990an.

    “Biasanya penyanyi lain akan cover lagu-lagu lama, tetapi saya tampil lagu baharu dengan elemen slow rock era 1990an. Saya rakamkan lagu baharu dengan nafas muzik lama,” jelasnya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...