Kendall Jenner dilamun cinta

Adik kepada model antarabangsa Kendall Jenner iaitu bintang sensasi Kylie Jenner berkongsi rasa gembira melihat kakaknya sedang bahagia dilamun cinta.

Memetik laporan Hollywoodlife, Kylie, 23, mengakui sukar untuk melihat Kendall menjalinkan hubungan dengan mana-mana lelaki malah mengetahui yang model itu terlalu sukakan teman lelaki baharunya iaitu pemain bola keranjang Devin Booker.

“Kylie gembira Kendall telah bertemu seseorang untuk menghabiskan masa bersama kerana sukar untuk melihat Kendall menyukai seseorang.

“Dia nampak yang Kendall benar-benar sukakan Devin… dia pun langsung tak cemburu Kendall mempunyai teman lelaki. Kylie dan ahli keluarga yang lain juga menyukai Devin,” kata sumber.

Sebelum ini, spekulasi hubungan cinta Kendall dan pemain bola keranjang Devin Booker timbul apabila foto mereka keluar dari sebuah restoran di Santa Monica, California menjadi perhatian netizen.

Foto mereka sedang meluangkan masa bercuti di Idaho, Amerika Syarikat bersama pasangan suami isteri terkenal Justin Bieber dan Hailey Baldwin yang tersebar di laman sosial sejak 6 September lalu menguatkan lagi khabar angin percintaan mereka. – Agensi

Kendall Jenner kini dikatakan sedang hangat bercinta dengan pemain bola keranjang Devin Booker. – Agensi