Kenderaan ATV ganggu ketenteraman kejiranan

MORRISTOWN – Tom dan Cynthia Cloutier menghabiskan masa yang berharga di beranda mereka, makan malam sambil menikmati pemandangan pergunungan dan ketenangan hidup di luar bandar Vermont di rumah yang mereka beli pada tahun 2018 selepas persaraan.

Itu semua telah berubah pada tahun berikutnya, apabila sebahagian jalan yang berdekatan dengan kawasan rumah mereka dibuka untuk laluan kenderaan, yang mana sebelumnya tidak dibenarkan. Sering kali, ketika mereka pergi ke luar, kenderaan ATV yang bising akan turun ke jalan, katanya.

“Jalan Silver Ridge telah bertukar menjadi jalan raya ATV dalam masa sekelip mata,” kata Tom Cloutier.

“Kami dapat mendengar bunyi enjin-enjin kereta itu dalam rumah kami, tetapi ketika kami pergi ke luar, kami tidak dapat berbual untuk duduk di depan beranda dengan tenang dan minum kopi atau makan malam di beranda atau menikmati matahari terbenam.”

Apa yang telah dibangunkan di Morristown pada tahun 2019 berakhir tahun lalu setelah ada aduan, kata seorang pegawai bandar. Sekarang, kumpulan ATV meminta bandar itu untuk membuka kembali bahagian jalan dan beberapa jalan lain sehingga penunggang ATV boleh mendapatkan bahan bakar, menginap atau meletak kenderaan itu di motel dan makan di restoran tempatan. Akses akan menghubungkan mereka kepada komuniti jiran di mana ATV dibenarkan digunakan di jalan raya.

Bandar mereka telah bergabung dengan komuniti luar bandar yang kecil namun semakin berkembang di seluruh negara yang sudah membuka atau mempertimbangkan untuk membuka jalan bagi kegiatan ATV, dengan sebahagiannya memanfaatkan faedah ekonomi daripada pelancongan kegiatan luar.

Kenderaan ATV bergerak di jalan raya, di Gorham, N.H. Komuniti kampung di seluruh negara bimbang penggunaan ATV meningkat demi menjaga persekitaran. – AP
Kenderaan ATV untuk disewa diletakkan di Gorham, N.H. Peminat ATV meningkat apabila semakin banyak orang keluar rumah selepas wabak COVID-19 sedikit reda. – AP
Penjualan ATV meningkat lebih dari 33 peratus pada tahun lalu, kenaikan penjualan itu menimbulkan lebih banyak minat permintaan tambahan jalan baharu untuk ATV. – AP

Peminat ATV semakin meningkat apabila semakin ramai orang keluar semasa wabak tersebut. Tetapi popularitinya kadang-kadang berdepan dengan aduan penduduk, dengan masyarakat berjuang untuk mengimbangi faedah dengan gangguan ke atas ketenangan mereka.

“Visi kami untuk bandar kami harus untuk semua orang,” kata penunggang ATV, Lisa Desjardins mengenai cadangan pembangunan di Morristown.

“Seharusnya tidak hanya untuk orang yang menunggang basikal, pelari. Seharusnya untuk semua orang, sama ada anda suka ATV atau tidak.”

Tahun lalu, penjualan ATV meningkat lebih daripada 33 peratus, menurut Scott Schloegel, naib presiden kanan untuk hubungan kerajaan bagi Persatuan Kenderaan Luar Jalan Raya di Rekreasi, yang membantah penggunaan ATV di jalan raya.

Kenaikan penjualan itu menimbulkan lebih banyak minat untuk masuk ke tanah awam di mana laluan ada dan permintaan tambahan untuk laluan baharu serta penyelenggaraan jalan, katanya.

Walaupun ia ditutup selama dua bulan tahun lalu semasa wabak, Hatfield-McCoy Trails sepanjang 1,000 batu di West Virginia tahun lalu menjual permit tahunan tertinggi pada hampir 65,000 pemandu ATV, menurut pejabat Kerajaan Jim Justice dan permit ATV untuk penduduk Maine melonjak 6 peratus, kata pegawai.

Ini merupakan pemacu ekonomi yang hebat bagi komuniti tersebut, kata Schloegel mengenai Hatfield-McCoy Trails, “Ini adalah manfaat untuk stesen minyak hingga ke motel dan hotel hingga ke restoran makanan segera dan perkhidmatan sukan di seluruh negeri.”

Pegawai Open Space & Trails Department di Summit County, Colorado, memantau peningkatan penggunaan kenderaan itu di luar jalan raya dalam beberapa tahun kebelakangan ini. Laluan ATV juga dapat diakses oleh pejalan kaki, penunggang basikal dan penunggang kuda, kata jabatan itu.

Di utara New Hampshire, Gorham membuka beberapa jalan untuk ATV sekitar lapan tahun yang lalu dan pada hujung minggu musim panas bandar itu di penuhi dengan 3,000 ATV.

Para penunggang datangnya dari sejauh North Carolina telah menyewa ATV untuk bersiar-siar.

Walau bagaimanapun, beberapa penduduk berhampiran merasa sangat kesal kepada penunggang ATV.

“Bandar kecil ini adalah kota kecil yang cantik, tenang, semua orang ramah. Sekarang ini adalah mimpi buruk,” kata Sandy Lemire, penduduk lama Gorham, yang terletak di pinggir White Mountains. Dia mengeluh tentang bunyi bising dan bau ekzos.

“Di luar memang sukar dipercaya,” katanya.

“Bunyinya terlalu bising; kadang-kadang saya tidak dapat mendengar mesin pemotong rumput saya, terutama ketika ada festival yang sedang berlangsung dan mereka semua melakukan perjalanan.”

Penduduk Morristown, Vermont, dijangka mengundi untuk cadangan ATV pada musim luruh ini. Para penunggang ATV akan membuktikan ATV dapat meningkatkan ekonomi dan memberi mereka akses kepada makanan dan bahan bakar, sementara penduduk lain menimbulkan kebimbangan mengenai keselamatan, bunyi bising dan alam sekitar. – AP