Kenderaan bawa pendatang ditembak tentera

TUXTLA GUTIERREZ, 2 NOV – Seorang pendatang Cuba maut selepas trak pikap yang dinaikinya ditembak pasukan keselamatan Mexico ketika kenderaan itu cuba merempuh kereta peronda, kata pihak berkuasa, semalam.

Insiden itu turut menyebabkan beberapa yang lain cedera.

Pemimpin kumpulan pendatang yang berkunjung ke Bandar Mexico untuk menuntut status pelarian, berkata warga asing itu adalah sebahagian daripada kumpulan mereka, sambil menuduh tindakan National Guard itu sebagai ‘serangan’.

Sementara itu, National Guard menyatakan anggotanya mengesan sebuah trak pikap di selatan negeri Chiapas Ahad lalu selepas menerima laporan tiga kenderaan mengelak dari pusat pemeriksaan keselamatan.

Menurut kenyataan lewat kelmarin, pemandu mengingkari arahan untuk berhenti dan memecut ke arah peronda, memaksa anggota melepaskan tembakan demi melindungi keselamatan mereka. – AFP