Thursday, June 8, 2023
28.3 C
Brunei

    -

    Kenderaan elektrik pacu peningkatan jualan di China

    BEIJING, 11 JAN – Penjualan automobil China berkembang buat kali pertama sejak 2018 tahun lalu, menurut persekutuan perdagangan hari ini, ketika permintaan bagi kenderaan elektrik baharu terus meningkat.

    Lonjakan itu dicatat ketika negara pencemar terbesar dunia menyasarkan cita-cita untuk menggunakan ken-deraan elektrik dan hibrid secara meluas, berhasrat untuk memiliki kereta yang dijana oleh tenaga bersih menjelang 2035.

    Kira-kira 20 juta kenderaan baharu di setiap kategori telah dijual pada 2021, meningkat 4.4 peratus dari tahun-ke-tahun, memulihkan kejatuhan penjualan automobil pada 2018 dan 2019, menurut angka rasmi dari Persekutuan Kereta Penumpang China (CPCA).

    Pada 2020, penjualan automobil terjejas akibat pandemik koronavirus.

    Peningkatan tahun lalu dicatat ketika hampir tiga juta kenderaan dijana oleh tenaga baharu – termasuk model elektrik dan hibrid – dijual di pasaran kereta terbesar dunia, merekodkan peningkatan 169 peratus.

    Pembuat kenderaan elektrik Amerika Syarikat (AS), Tesla terutamanya mencatatkan penjualan rekod sebanyak 70,847 buah kereta pada Disember. Sasaran penjualan CPCA bagai kereta penumpang tenaga baharu mencecah 5.5 juta pada 2022, naik dari jangkaan awal iaitu 4.8 juta unit. Sama seperti Tesla, banyak pesaing China termasuk BYD, Nio dan XPeng turut bersaing dalam sektor itu. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Biparjoy dijangka terus mengganas

    NEW DELHI, 7 JUN – Jabatan Meteorologi India (IMD) hari ini berkata lekukan dalam yang memuncak menjadi ribut siklon teruk Biparjoy di bahagian timur-tengah...
    - Advertisment -